Subhanallah

Berduka bukan jalan penyelesaian buat masa ini, yang paling penting renungkan apa yang dikerjakan wahai hati. Hati hanya mampu bersedih sedangkan banyak yang perlu diperbaiki duhai jiwa yang kosong. Aku redha wahai Allah dengan ketentuanMu namun ku masih berduka, ku tidak pasti puncanya mungkin faktor sekeliling atau hanya mainan perasaan yang berkecamuk? Aku terima dengan berlapang dada pada mulanya tapi lama kelamaan luka menjadi nanah yang berdarah tanpa ku sedari. Aku gelisah melihatkan reaksi ibu bapa ku yang kecewa walaupun bukan pada raut wajah tetapi nada mereka. Aku sedar harapan yang tinggi menggunung pada bahu ku namun ku tidak minta kegagalan yang menyakitkan. Aku harus bangkit dari kejatuhan yang perit tapi penuh dengan kemanisan di masa hadapan, insya-Allah. Alhamdulillah, terjaga dari janji dunia yang penuh dengan kemanisan merupakan pengalaman yang tercipta untukku bagi melangkah fasa hidup seterusnya. Allah mempunyai rencana yang lebih sempurna untuk masa hadapanmu hamba cuma bersiap sedia apa jua ujian-Nya. Doakan diriku mampu mengharunginya wahai sahabat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

haniefarhanahamdi. said...

As Salam :)
Amani dear,semua ni ujian Allah. Allah boleh uji dgn kejayaan mahupun kegagalan. But remember: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah knows it better. I know ur a strong person. Bounce back and show it to the world that SPM can't stop to u from being successful :D

Amani Yasin said...

Waalaikumussalam, thanks a lot dear for a useful reminder :D insya-Allah i'll stay strong and hopefully it's more than just a come back! please pray for my success. i'll remember ur words.

Post a Comment

Followers