Subhanallah

Berduka bukan jalan penyelesaian buat masa ini, yang paling penting renungkan apa yang dikerjakan wahai hati. Hati hanya mampu bersedih sedangkan banyak yang perlu diperbaiki duhai jiwa yang kosong. Aku redha wahai Allah dengan ketentuanMu namun ku masih berduka, ku tidak pasti puncanya mungkin faktor sekeliling atau hanya mainan perasaan yang berkecamuk? Aku terima dengan berlapang dada pada mulanya tapi lama kelamaan luka menjadi nanah yang berdarah tanpa ku sedari. Aku gelisah melihatkan reaksi ibu bapa ku yang kecewa walaupun bukan pada raut wajah tetapi nada mereka. Aku sedar harapan yang tinggi menggunung pada bahu ku namun ku tidak minta kegagalan yang menyakitkan. Aku harus bangkit dari kejatuhan yang perit tapi penuh dengan kemanisan di masa hadapan, insya-Allah. Alhamdulillah, terjaga dari janji dunia yang penuh dengan kemanisan merupakan pengalaman yang tercipta untukku bagi melangkah fasa hidup seterusnya. Allah mempunyai rencana yang lebih sempurna untuk masa hadapanmu hamba cuma bersiap sedia apa jua ujian-Nya. Doakan diriku mampu mengharunginya wahai sahabat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

He knows better


= GONE




LOST YOUR CAR= TAK ADA REZEKI + UJIAN ALLAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Make me feel better

EpilepsySawan Menyeluruh/
generalise(melibatkan
keseluruhan otak,
kadangkala dipanggil
“Grand Mal”ATAU
Sawan Tonik-Klonik).


Sawan jenis ini akan
menyebabkanpesakit
kaku, rebah dan tidak
sedarkan diri, dan mungkin
badan akan mula bergoncang,
atau mengalami konvulsi,
meronta-ronta dengan
kekuatan ototseperti biasa.
Air ludah mungkin berbuih,
dan mungkin terdapat darah di mulut
sekiranya lidah atau bibirnya tergigit.

Kadangkala pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan
kedengaran satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru,
sebab itu juga pelepasan
air kencing mungkin akan berlaku.

Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan 5 minit, tetapi kebanyakan pesakit
kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga
seolah-olah termenung dan bingung buat seketika.

Apabila pesakit diserang sawan tonik-klonik, dia mungkin akan terjatuh dan
menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tak menentu dan tidak dapat
mengawal buangan air kecil dan besar. Pesakit tidak mengecam siapa orang
disekelilingnya dan persikatarannya.

Apa anda perlu lakukan terhadap pesakit yang diserang sawan
tonik-klonik.
  • Jangan panik
  • Baringkan pesakit tersebut ditempat yang selamat dan alaskan sesuatu
  • yang lembut dibawah kepalanya.
  • Jangan biarkan orang mengerumuni pesakit: ini menyebabkan pesakit
  • mendapat kurang oksigen.
  • Tanggalkan cermin mata, longgarkan pakaiannya.
  • Jauhkan objek-objek tajam yang ada berhampiran.
  • Jangan meletakkan apa-apa objek dalam mulut pesakit
  • (termasuklah jari anda).
  • Ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu
  • boleh menghalang saluran pernafasan. Adalah mustahil untuk pesakit
  • menggigit putus lidahnya. Lidah merupakan otot yang kuat dan ia mudah
  • sembuh.
  • Jangan cuba menahan atau mengikatnya dari begerak.
  • Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu mengiringkan
  • badannya supaya saluran pernafasannya lapang.
  • Jika pesakit berasa keliru atau ketakutan, berikan ia keyakinan yang
  • semuanya adalah seperti sediakala.
  • Elakkan dari memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit
  • sedar seperti biasa.
  • Temani pesakit sehingga dia betul-betul pulih.

I do not know why but i am sad to see this happen over and over again.
I wish i can help you but only to be there. Insya-Allah i'll be there always.
Please Allah give me strength, and cure him from this pain.
Aku redha dengan ketentuan-Nya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers