Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah

Lately i've been posting malay article's ayte? well currently with bahasa you can feel the satisfaction of letting things out :D sounds cool for me during this period.

Mungkin Allah mahu engkau bersederhana dan bukan bangga dengan pencapaianmu, dan ini bukan mengenai duniawi tapi tempat dirimu kembali pada-Nya. Aku bahagia dengan setiap detik bernafas atas kehendak-Mu, menjadi hamba yang tidak putus-putus meminta membuatkan aku bertambah bersyukur dengan nikmat-Mu. Alhamdulillah aku redha.

Kadang-kala kita tidak sedar apa yang terjadi bukan satu kegagalan tapi hanyalah asam garam kehidupan untuk mencipta kematangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Subhanallah

Berduka bukan jalan penyelesaian buat masa ini, yang paling penting renungkan apa yang dikerjakan wahai hati. Hati hanya mampu bersedih sedangkan banyak yang perlu diperbaiki duhai jiwa yang kosong. Aku redha wahai Allah dengan ketentuanMu namun ku masih berduka, ku tidak pasti puncanya mungkin faktor sekeliling atau hanya mainan perasaan yang berkecamuk? Aku terima dengan berlapang dada pada mulanya tapi lama kelamaan luka menjadi nanah yang berdarah tanpa ku sedari. Aku gelisah melihatkan reaksi ibu bapa ku yang kecewa walaupun bukan pada raut wajah tetapi nada mereka. Aku sedar harapan yang tinggi menggunung pada bahu ku namun ku tidak minta kegagalan yang menyakitkan. Aku harus bangkit dari kejatuhan yang perit tapi penuh dengan kemanisan di masa hadapan, insya-Allah. Alhamdulillah, terjaga dari janji dunia yang penuh dengan kemanisan merupakan pengalaman yang tercipta untukku bagi melangkah fasa hidup seterusnya. Allah mempunyai rencana yang lebih sempurna untuk masa hadapanmu hamba cuma bersiap sedia apa jua ujian-Nya. Doakan diriku mampu mengharunginya wahai sahabat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

He knows better


= GONE




LOST YOUR CAR= TAK ADA REZEKI + UJIAN ALLAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers