Make me feel better

EpilepsySawan Menyeluruh/
generalise(melibatkan
keseluruhan otak,
kadangkala dipanggil
“Grand Mal”ATAU
Sawan Tonik-Klonik).


Sawan jenis ini akan
menyebabkanpesakit
kaku, rebah dan tidak
sedarkan diri, dan mungkin
badan akan mula bergoncang,
atau mengalami konvulsi,
meronta-ronta dengan
kekuatan ototseperti biasa.
Air ludah mungkin berbuih,
dan mungkin terdapat darah di mulut
sekiranya lidah atau bibirnya tergigit.

Kadangkala pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan
kedengaran satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru,
sebab itu juga pelepasan
air kencing mungkin akan berlaku.

Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan 5 minit, tetapi kebanyakan pesakit
kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga
seolah-olah termenung dan bingung buat seketika.

Apabila pesakit diserang sawan tonik-klonik, dia mungkin akan terjatuh dan
menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tak menentu dan tidak dapat
mengawal buangan air kecil dan besar. Pesakit tidak mengecam siapa orang
disekelilingnya dan persikatarannya.

Apa anda perlu lakukan terhadap pesakit yang diserang sawan
tonik-klonik.
  • Jangan panik
  • Baringkan pesakit tersebut ditempat yang selamat dan alaskan sesuatu
  • yang lembut dibawah kepalanya.
  • Jangan biarkan orang mengerumuni pesakit: ini menyebabkan pesakit
  • mendapat kurang oksigen.
  • Tanggalkan cermin mata, longgarkan pakaiannya.
  • Jauhkan objek-objek tajam yang ada berhampiran.
  • Jangan meletakkan apa-apa objek dalam mulut pesakit
  • (termasuklah jari anda).
  • Ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu
  • boleh menghalang saluran pernafasan. Adalah mustahil untuk pesakit
  • menggigit putus lidahnya. Lidah merupakan otot yang kuat dan ia mudah
  • sembuh.
  • Jangan cuba menahan atau mengikatnya dari begerak.
  • Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu mengiringkan
  • badannya supaya saluran pernafasannya lapang.
  • Jika pesakit berasa keliru atau ketakutan, berikan ia keyakinan yang
  • semuanya adalah seperti sediakala.
  • Elakkan dari memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit
  • sedar seperti biasa.
  • Temani pesakit sehingga dia betul-betul pulih.

I do not know why but i am sad to see this happen over and over again.
I wish i can help you but only to be there. Insya-Allah i'll be there always.
Please Allah give me strength, and cure him from this pain.
Aku redha dengan ketentuan-Nya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Followers